SEIKHLAS KATA DARIPADA PENGETUA

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat melayari Laman Web Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah, Pahang.

Dengan adanya laman web ini, diharapkan dapat memberi informasi berguna kepada masyarakat tentang organisasi, visi dan misi maktab dan segala aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di maktab ini. Secara tersiratnya, paparan ini akan menzahirkan kecemerlangan sesebuah organisasi dan menjadi aspirasi warga MRSM Muadzam Shah untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan sesuatu agenda. Maklumat yang dipaparkan juga akan memberi ruang kepada masyarakat luar untuk terlibat sama atau setidak-tidaknya peka terhadap perkembangan pendidikan di negara kita.

Terima Kasih