PERANGKAAN PELAJAR

MRSM Muadzam Shah mempunyai kumpulan pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. MRSM Muadzam Shah mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.

Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 6 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada tahun tersebut. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar.  Selepas peperiksaan PT3 & SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.